Kami JKKK GDW Kampung Bayai Lama telah membuat kajian dan siasatan berkenaan asal usul kampung ini wujud. Nama kampung ini diberikan oleh sekumpulan orang asli yang memberikan nama Datok mereka iaitu ‘BAYAN’. Tidak lama selepas itu, satu rombongan dari Tengkek dan Terentang telah masuk ke kampung ini yang diketuai oleh Datok Lingkung dan Pawang Ghonyeh. Mereka ini telah mengusir kaum asli tersebut dari kampung ini. Untuk menghilang identiti orang asli rombongan ini telah menukar nama ‘BAYAN’ kepada ‘BAYAI’. Kami dapati tidak tercatat tarikh peristiwa tersebut berlaku di mana-mana bukti sejarah.
No comments:
Post a Comment